UnIPSAS Km 8, Jalan Gambang 25150
+609 553 5555
pps@unipsas.edu.my

Visi Misi Objektif

UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

VISI

Menjadi Pusat Pengurusan Pascasiswazah yang cemerlang dan bertaraf global dari aspek penerokaan ilmu, kemahiran penyelidikan dan kemampanan jaringan kerjasama luar selari dengan hala tuju KUIPSAS.

MISI

Melestari pengurusan pascasiswazah yang berkualiti, efektif dan profesional bagi  melahirkan graduan  pascasiswazah multi disiplin yang berimpak tinggi serta mampu memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pembangunan ilmu dan kemajuan negara.

OBJEKTIF

  • Melahirkan graduan pasca siswazah multidisiplin yang berkualiti, bermotivasi, beretika, berdaya saing serta memahami aspirasi dan wawasan negara.
  • Memperkasa pengetahuan dan kemahiran penyelidikan graduan pascasiswazah melalui latihan dan bimbingan penyelidikan yang efektif serta  rundingan akademik yang berintegriti.
  • Meningkatkan kualiti pendidikan dan kesarjanaan graduan pascasiswazah melalui peraturan dan garis panduan yang sesuai.
  • Meneroka dan membentuk rangkaian jaringan kerjasama dengan pihak institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan pihak industri dalam dan luar negara melalui program penyeliaan bersama, projek penyelidikan, pelaksanaan seminar serta  inisiatif tajaan dan biasiswa.
  • Merancang dan melaksana program baharu pascasiswazah berasaskan kajian pasaran yang efektif, keperluan arus perdana pendidikan negara serta kerjasama erat dengan bahagian penyelidikan KUIPSAS dan fakulti-fakulti pengajian KUIPSAS.

SLOGAN

“  PENYELIDIKAN BERKUALTI PEMACU KECEMERLANGAN ”