UnIPSAS Km 8, Jalan Gambang 25150
+609 553 5555
pps@unipsas.edu.my

Pengenalan PPS

UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

PENDAHULUAN

Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan siswazah bagi program pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Pusat ini diletakkan di bawah tanggungjawab Pengarah.

 

FUNGSI

  • Bekerjasama dengan fakulti pengajian dalam membangunkan program pengajian pasca siswazah yang berkualiti dan berdaya saing.
  • Mewujudkan dan melaksanakan garis panduan dan peraturan dalam memastikan kualiti program pengajian siswazah memenuhi piawaian dalaman dan luaran.
  • Menyelaras aktiviti pengajian siswazah yang merangkumi proses-proses berikut:
  • Promosi
  • Kemasukan
  • Pendaftaran
  • Peperiksaan/pentaksiran
  • Pengijazahan
  • Merancang, menyelaras dan mengatur keperluan pembelajaran pasca siswazah termasuk latihan dan bimbingan.
  • Mentadbir dan mengurus maklumat dan rekod akademik pelajar selaras dengan keperluan universiti.

Merancang dan melaksanakan penilaian berkala ke atas program pengajian, peraturan dan garis panduan berkaitan pengajian pasca siswazah.