السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Al-Hamdulillah, segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadhirat Allah SWT, Tuhan yang telah memberikan nikmat dan kekuatan kepada kita untuk terus memartabatkan penerokaan ilmu dan pendidikan di muka bumi. Selamat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, utusan terakhir dan kekasih Allah yang diharapkan syafaat baginda pada hari akhirat kelak.
Saya dan seluruh warga Pusat Pengurusan Siswazah KUIPSAS mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung ke laman web ini. Laman web ini merupakan saluran digital utama untk memberikan maklumat mengenai fungsi dan operasi Pusat Pengurusan Siswazah KUIPSAS. Sehingga ke hari ini Pusat Pengurusan Siswazah komited dalam membantu dan memberi peluang menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Insyaallah pada tahun 2021 PPS akan menawarkan pengajian pada peringkat Doktor falsafafah. Melahirkan lebih ramai para graduan peringkat sarjana dan doktor Falsafah merupakan antara misi utama Pusat Pengurusan Siswazah.
Penerokaan ilmu dan kajian penyelidikan merupakan tuntutan Islam yang tergambar melalui penekanan kepada aktiviti pembacaan dalam wahyu pertama Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Tuntutan ini juga selari dengan lonjakan kesepuluh Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (2015-2025(Pendidikan Tinggi) yang memberi perhatian kepada pembelajaran sepanjang hayat. Fenomena ini menjelaskan kepentingan ilmu dalam membina kelestarian masyarakat dan pembangunan peradaban negara dan ummah. Seluruh umat Islam dituntut menyahut cabaran ini untuk sentiasa bermotivasi menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dan berjiwa teguh mendepani segala cabaran dalam menuntut ilmu.
Akhir kata, saya mendoakan agar Pusat Pengurusan Siswazah akan berupaya melahirkan lebih ramai graduan-graduan peringkat Sarjana dan Doktor falsafah demi menjayakan agenda pendidikan negara serta melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang pada masa akan datang.
Sekian.Terima Kasih
DR. SAFIAH BINTI ABD RAZAK
Pengarah
Pusat Pengurusan Siswazah
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah