UnIPSAS Km 8, Jalan Gambang 25150
+609 553 5555
pps@unipsas.edu.my

Aluan Pengarah

UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terlebih dahulu saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia-Nya saya diberikan kesempatan untuk memberi ucapan alu-aluan untuk laman sesawang Pusat Pengurusan Siswazah UnIPSAS. Pemerkasaan Pusat Pengurusan Siswazah UniPSAS telah bermula sejak dari awal penubuhannya iaitu pada tahun 2019. Sungguhpun PPS UniPSAS secara relatifnya masih baru namun usaha-usaha membangunkan “permata” ini telah dan sedang giat dijalankan.

Peranan PPS bukan sahaja terhad kepada aktiviti pengurusan pasca siswazah semata-mata, bahkan PPS juga aktif melibatkan diri mempromosi program-program pasca siswazah dari pelbagai fakulti. Selain daripada itu, PPS juga terlibat dalam menyelaraskan program-program yang berkaitan pembangunan kompetensi penyelidikan pelajar mahupun para penyelia. Ini membukikan iltizam PPS dalam memberikan perkhidmatan secara holistik kepada semua pihak yang terlibat dalam ekosistem pasca siswazah.

Pelajar pasca siswazah merupakan aset modal insan yang sudah semestinya mempunyai daya intelektual yang tinggi. Hasil penyelidikan dan karya para pelajar ini sudah pasti akan memberi impak kepada pengembangan ilmu dan dapat dimanfaatkan oleh msyarakat. Secara tidak langsung, sekiranya kitaran ilmu ini dapat diteruskan tanpa henti, tidak mustahil, paradaban Melayu Islam moden yang dihuni oleh masyarakat berilmu akan menjadi realiti.

Justeru, usaha kecil pihak PPS UnIPSAS dalam mentadbir, mengurus dan memudahcara urusan antara para pelajar, fakulti dan entiti yang berkaitan diharap akan membantu menyuburkan ekosistem ilmu dan penyelidikan seterusnya mempermudahkan rehlah ilmu para pelajar.

Akhir kata, semoga Allah SWT memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha menuntut ilmu dan membantu mempermudahkan urusan tersebut. Terima kasih

 

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga”

Sekian.Terima Kasih

 

Ybrs. Dr. Fahmi Zaidi Bin Abdul Razak

Pengarah
Pusat Pengurusan Siswazah
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah